Powered by Blogger.

Perisian Animasi


Animasi sering dikaitkan dengan sesuatu yang dinamik dan menarik serta mampu memberi impak yang signifikan terhadap keberkesanan sesebuah persembahan.

Jenis-jenis animasi digunakan di dalam sesebuah aplikasi multimedia iaitu :

- Animasi 2 Dimensi (2D)
- Animasi 3 Dimensi (3D)
- Animasi kesan khas


Animasi 2D


  • Perisian yang popular bagi animasi ini ialah Adobe Flash dan Toon Boom Studio.
  • Digunakan bagi tujuan menghasilkan animasi 2D bagi sesebuah aplikasi multimedia ataupun laman web.
  • Digunakan juga di dalam menghasilkan animasi bagi tujuan siaran televisyen khususnya iklan dan juga kartun.



Adobe Flash


Toon Boom Studio



Animasi 3D


  • Perisian peringkat asas iaitu perisian animasi 3D yang mudah, murah dan senang dikendalikan. Contoh perisian ini ialah Asymmetrix 3DFX, Ulead Cool 3D Studio, Xara 3D dan Ray Dream 3D.
  • Perisian peringkat pertengahan iaitu Specular Infini D, Visual Reality, Ray Dream Studio dan Macromedia Extreme 3D boleh digunakan.
  • Perisian peringkat yang lebih tinggi iaitu 3D Studio Max, Lightwave 3D, Maya, Houdini dan juga Softimage.




Ulead Cool 3D Studio



Visual Reality



3D Studio Max



Perisian animasi yang lain :

Ulead Gif Animator, Adobe Image Ready, Swishmax, Sothink Glanda dan Gif Construction Set pula boleh digunakan bagi menghasilkan animasi khas bagi tujuan pembangunan laman web.



Adobe Image Ready




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perisian Video


Dapat menghasilkan klip video digital yang asas menggunakan perisian Windows Movie Maker (sedia ada dalam Microsoft Windows) boleh digunakan.



Windows Movie Maker


Ianya menyediakan kemudahan yang membolehkan beberapa klip video disusun bagi membentuk satu klip video yang baru mengikut keperluan. Beberapa kesan khas yang mudah juga boleh ditambahkan kepadanya.


Untuk menghasilkan klip video yang lebih berkualiti tinggi dengan pelbagai kesan khas - perisian-perisian seperti Adobe Premiere, Video Fusion, Pinnacle Studio dan Ulead VideoStudio boleh digunakan.



Adobe Premeire



Pinnacle Studio



Ulead VideoStudio



Perisian-perisian ini memerlukan masa yang agak lama untuk dikuasai sepenuhnya. Ia juga mempunyai pelbagai kelebihan serta kegunaan di dalam menghasilkan video digital yang berkualiti tinggi.


Contoh perisian video secara online adalah seperti berikut :

1) Online Video Editor - http://www.clipcanvas.com/videoeditor/create

2) Video Editing by Magisto - http://www.magisto.com/

3) Video Toolbox - http://www.videotoolbox.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perisian Audio


Perisian audio digunakan untuk rakaman suara mahupun penghasilan elemen audio seperti muzik, kesan khas dan lain-lain. Rakaman audio yang asas seperti perisian Sound Recorder (sedia ada dalam Microsoft Windows).



Microsoft Sound Recorder



Perisian audio menyediakan kemudahan seperti merakam audio dan beberapa kesan khas juga boleh ditambahkan kepadanya. Rakaman audio yang lebih baik dengan kesan khas yang lebih menarik menggunakan perisian Sony Sound Forge (untuk PC), Audacity dan Macromedia Sound Edit (untuk Macintosh)




Sony Sound Forge



Audacity



Pengguna boleh meminda format fail audio kepada pelbagai format seperti RealAudio dan RealMedia (.RA dan .RM), Active Streaming Format (.ASF), MPEG Level 3 (.MP3)

Ia mampu melakukan penyuntingan audio daripada mana-mana fail video yang diperlukan.


Contoh perisian audio secara online adalah seperti berikut :

1) FileLab Audio Editor - https://www.filelab.com/audio-editor

2) TwistedWave Online - https://twistedwave.com/online/ 

3) Audio Expert - http://www.audioexpert.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perisian Grafik


Perisian grafik merupakan perisian utama yang diperlukan bagi menghasilkan / meminda elemen-elemen grafik yang bersifat statik.


Peranan perisian grafik :

- Menghasilkan antaramuka pengguna
- Merekabentuk sistem navigasi
- Meminda atau memanipulasi imej
- Melakukan proses transformasi objek (rotate, flip, etc)
- Menghasilkan teks pelbagai bentuk
- Menambah kesan khas pada imej (kesan 3D)


Contoh perisian grafik :


1) Perisian Pemindaan Imej


  • Microsoft Paint atau Paint Brush (aplikasi sedia ada di dalam Microsoft Windows)
  • Perisian yang lebih canggih dan kompleks seperti Adobe Photoshop, Corel Painter, Paint Shop Pro, Corel Photo Paint, Photo Impact dan lain-lain.



Microsoft Paint



Adobe Photoshop



2) Perisian Lukisan @ Ilustrasi :


  • Adobe Illustrator, Macromedia Freehand, Deneba Canvas, Corel Draw, Corel Designer, Photo Draw and Xara



Adobe Illustrator



Contoh perisian grafik secara online adalah seperti berikut :

1) Photo editor online - Pixlr.com - http://pixlr.com/editor/

2) iPiccy - Online Photo Editor - http://ipiccy.com/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perisian Teks


Perisian teks merupakan perisian asas yang diperlukan bagi tujuan pembangunan sesebuah aplikasi multimedia.

Antara perisian teks yang digunakan ialah Microsoft Office Word dan Word Perfect. Perisian ini boleh digunakan dalam proses pembangunan sesebuah aplikasi multimedia yang memerlukan penggunaan teks yang banyak.




Perisian Microsoft Office Word




Perisian Word Perfect


Teks ialah isi kandungan sesebuah aplikasi multimedia yang akan ditaip terlebih dahulu dengan menggunakan perisian teks. Ia juga dengan mudah boleh disalin (copy & paste) ke dalam perisian pembangunan multimedia. Teks ini perlu ditaip terlebih dahulu ke dalam perisian teks di mana perisian ini boleh menyemak ejaan dan tatabahasa.

Dokumen-dokumen yang telah sedia ada di dalam bentuk elektronik boleh disalin (copy) ke dalam perisian pembangunan multimedia dengan mudah, tanpa perlu menaip semula teks tersebut.

Fail teks dalam format .txt boleh diimport terus ke dalam sesetengah perisian pembangunan multimedia. Contoh fail teks yang popular ialah Notepad seperti gambarajah di bawah :



Notepad


Perisian teks secara online adalah seperti contoh berikut :

1) Online Text Editor - http://www.mytextarea.com/

2) Edit Pad - Online Text - http://www.editpad.org/

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Mata pelajaran           :           Produksi Multimedia

Tingkatan                    :           4

Tempat                         :           Pembelajaran online (Blog - http://itsmultimedia.blogspot.com/)

Tarikh                           :           3 Disember 2012

Masa                             :           2.00 pm - 3.20 am (1 jam 20 minit)

Bilangan pelajar        :           30 orang


Tajuk / bidang pelajaran : Perkakasan dan Perisian Multimedia


Sub topik: Perisian Pembinaan Elemen Multimedia


Objektif pembelajaran:

  • Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat mengenalpasti perisian-perisian yang digunakan dalam pembinaan elemen multimedia.
  • Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat menyenaraikan jenis-jenis perisian yang digunakan untuk mengendalikan elemen multimedia.


Pengetahuan sedia ada :

§  Pelajar sudah terdedah dengan perisian-perisian elemen multimedia yang selalu digunakan contohnya, Microsoft Office Word (teks) dan Paint / Adobe Photoshop (grafik).
§  Pelajar telah mengetahui serba-sedikit mengenai kegunaan perisian-perisian bagi elemen multimedia.


Penerapan nilai :  

  •          Kolaborasi
  •          Kreativiti
  •          Penyertaan
  •          Daya usaha


Teknik:

Menggunakan rangkaian sosial untuk berkomunikasi (blog, facebook, twitter)


Pendekatan :

Interaktiviti (Blog, Facebook dan Twitter)


Bahan Bantu Mengajar :

  •          Komputer
  •          Media sosial (facebook, twitter, blog, google tools)


Bahan Sumber :

 Modul Pentaksiran Produksi Multimedia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Huraian Sukatan Pelajaran





Sumber :

Laman Web Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERKAKASAN DALAM SISTEM MULTIMEDIA


Perkakasan


Keperluan ini adalah untuk memastikan sistem dapat menyampaikan persembahan seperti yang dikehendaki.


i.       Komputer multimedia


ii.      Pemacu CDROM/DVD 

Untuk membaca CDROM/DVD untuk audio, video dan data. Disebabkan cakera CD dan DVD dapat   menyimpan data yang banyak ianya amat sesuai bagi menyimpan data-data multimedia juga dijadikan sebagai media persembahan.


iii.     VCD/DVD burner/recorder 

Memindahkan data ke CD-ROM dan kebiasaannya data-data yang besar menggunakan cara ini. Data-data video dan audio biasanya disimpan dengan cara ini, Walaubagaimana pun proses menyimpan data dengan cara ini agak lambat. Untuk CD-ROM berapa kelajuan seperti 48 X dan 50 X kelajuan untuk membaca, bagi CD-ROM yang mempunyai keupayaan rewritable selain kelajuan membaca ia juga berkeupayaan merakam tetapi kelajuannya lebih perlahan seperti pada kelajuan 4 X, 6 X, 8 X atau 12X kelajuan. DVD pula masih baru dan kelajuannya ialah 8 X, 12 X dan 16 X kelajuan dan merakam pada satu permukaan sahaja.


iv.        Peranti Input

Terdapat pelbagai peranti input yang penggunaannya agak spesifik kepada sesuatu tujuan. 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Berikut merupakan pelbagai jenis peranti :


a.         Papan kekunci

Papan kekunci merupakan peranti input yang paling biasa digunakan. Terdapat berbagai jenis papan kekunci seperti stail 101 yang mempunyai 101 kekunci. Terdapat papan kekunci yang mempunyai kekunci yang lebih untuk tugasan yang khas seperti kekunci Windows dan Sleep. Selain dari bilangan kekunci, bentuk juga terdapat pilihan seperti papan kekunci flexible, ergonomic dan lain-lain.


          
b.         Tetikus

Tetikus merupakan peranti piawai pada masa sekarang untuk kegunaan interaksi secara antaramuka grafik (GUI). 





c.         Trackball

Trackball adalah serupa dengan tetikus, kecuali penunjuk (cursor) digerakkan dengan menggunakan satu atau lebih jari tangan yang digerakkan di atas bebola. cara trackball bekerja agak serupa dengan tetikus kecuali jika trackball diterbalikkan kedudukan bebola berada di atas dan  trackball juga tidak memerlukan ruang atau pad tetikus kerana boleh berfungsi dalam keadaan statik. Kebiasaannya trackball mempunyai dua butang untuk tujuan kawalan.


d.         Skrin sentuh

Skrin sentuh merupakan unit paparan yang mempunyai lapisan tekstur di atas permukaan kaca. Lapisan ini sensitif kepada tekanan jari dan mendaftar kedudukan tekanan tersebut apabila jari menyentuh permukaan lapisan. Selain dari teknik lapisan terdapat juga cara lain untuk menbaca kedudukan jari seperti penggunaan cahaya inframerah di hadapan permukaan kaca paparan.




e.         Tablet grafik

Cara sambungan kepada komputer dan penggunaan tablet grafik adalah sama dengan cara tetikus kecuali tiada bebola di bawah seperti tetikus dan pad yang digunakan lebih besar dan memainkan peranan utama. Kebiasannya tablet grafik berbentuk pen dan kabel di belakang pen tersebut yang disambungkan kepada tablet yang dikenali sebagai stylus.



f.          Pengimbas 

Merupakan alat yang digunakan untuk menukarkan imej kepada bentuk digital dan oleh kerana itu ia merupakan salah satu peranti yang amat berguna dalam menghasilkan projek multimedia. Terdapat  bebarapa jenis pengimbas seperti flatbed, drum dan handheld, tetapi yang paling banyak digunakan adalah flatbed.



g.         Kamera digital

Selain dari menggunakan pengimbas untuk menukarkan imej ke bentuk digital, terdapat cara lain yang semakin popular iaitu dengan terus mengambil imej dalam bentuk digital menggunakan kamera digital. Penurunan harga kamera digital dan teknologi kamera digital yang baru menyebabkan kamera digital telah menjadi pilihan kerana dengan hanya satu langkah sahaja imej digital dapat dibuat jika dibandingkan dengan menggunakan pengimbas.




v.         Peranti Keluaran

Komponen projek multimedia iaitu audio dan video sama ada memerlukan perkakasan tambahan atau tidak, bergantung kepada keperluan persembahan itu sendiri. Perkakasan itu seperti pembesar suara, amplifiers, monitor, peranti video dan sistem storan.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengenalan Kepada Multimedia






TAKRIFAN MULTIMEDIA

Perkataan multimedia itu sendiri sebenarnya terdiri dari dua perkataan iaitu multi yang bermakna banyak dan media. Oleh itu, multimedia secara literalnya bermakna banyak media. Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video.

Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal suatu elemen dalam projek multimedia untuk dilihat dan diguna, ini dipanggil multimedia interaktif. Apabila kita menyediakan elemen multimedia yang boleh link dengan komponen multimedia yang lain, ini akan dipanggil hypermedia.

Walaupun definisi multimedia adalah mudah, untuk menjadikannya berjaya adalah sesuatu yang agak sukar. Kita perlu tahu bagaimana setiap elemen multimedia berfungsi dan bekerja, serta perisian-perisian yang diperlukan untuk menggabungkan elemen-elemen multimedia ini bersama. Mereka yang membina multimedia menjadi sesuatu yang bermakna dipanggil multimedia developers.

Walaubagaimana multimedia dipersembahkan, ia melibatkan apa yang dipanggil antaramuka grafik (graphical user interface) atau GUI. Perkakasan dan sistem pengoperasian dalam projek multimedia pula dipanggil platform multmedia atau environment.





Keperluan Asas Sistem Multimedia


Keperluan asas sistem multimedia boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu di peringkat pembangunan persembahan multimedia dan peringkat persembahan multimedia. Keperluan untuk kedua-dua peringkat ini amat berbeza kerana diperingkat persembahan hanya komputer peribadi multimedia sudah mencukupi tetapi tidak begitu diperingkat pembangunan kerana banyak peralatan tambahan dan aplikasi tambahan diperlukan.

Perkakasan yang diperlukan untuk membangunkan projek multimedia bergantung kepada projek tersebut. Peralatan atau komputer yang pantas mempunyai kelebihan kerana ia dapat mempercepatkan proses membuat projek multimedia. Ini adalah kerana semasa mengedit bahan-bahan multimedia terutamanya video, audio dan animasi memerlukan komputer yang laju, ruang storan yang besar dan juga RAM komputer yang banyak. Integrasi yang mantap antara peralatan komputer juga membantu dalam hal ini. Selain daripada mengedit bahan-bahan audio dan video dengan komputer, peralatan tambahan yang lain juga perlu seperti pengimbas, pengedit non-linear, audio recorder dan lain-lain alatan.


Video di bawah menunjukkan senarai bagi elemen-elemen multimedia...
Selamat menonton... :)










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS