Powered by Blogger.

PERKAKASAN DALAM SISTEM MULTIMEDIA


Perkakasan


Keperluan ini adalah untuk memastikan sistem dapat menyampaikan persembahan seperti yang dikehendaki.


i.       Komputer multimedia


ii.      Pemacu CDROM/DVD 

Untuk membaca CDROM/DVD untuk audio, video dan data. Disebabkan cakera CD dan DVD dapat   menyimpan data yang banyak ianya amat sesuai bagi menyimpan data-data multimedia juga dijadikan sebagai media persembahan.


iii.     VCD/DVD burner/recorder 

Memindahkan data ke CD-ROM dan kebiasaannya data-data yang besar menggunakan cara ini. Data-data video dan audio biasanya disimpan dengan cara ini, Walaubagaimana pun proses menyimpan data dengan cara ini agak lambat. Untuk CD-ROM berapa kelajuan seperti 48 X dan 50 X kelajuan untuk membaca, bagi CD-ROM yang mempunyai keupayaan rewritable selain kelajuan membaca ia juga berkeupayaan merakam tetapi kelajuannya lebih perlahan seperti pada kelajuan 4 X, 6 X, 8 X atau 12X kelajuan. DVD pula masih baru dan kelajuannya ialah 8 X, 12 X dan 16 X kelajuan dan merakam pada satu permukaan sahaja.


iv.        Peranti Input

Terdapat pelbagai peranti input yang penggunaannya agak spesifik kepada sesuatu tujuan. 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Berikut merupakan pelbagai jenis peranti :


a.         Papan kekunci

Papan kekunci merupakan peranti input yang paling biasa digunakan. Terdapat berbagai jenis papan kekunci seperti stail 101 yang mempunyai 101 kekunci. Terdapat papan kekunci yang mempunyai kekunci yang lebih untuk tugasan yang khas seperti kekunci Windows dan Sleep. Selain dari bilangan kekunci, bentuk juga terdapat pilihan seperti papan kekunci flexible, ergonomic dan lain-lain.


          
b.         Tetikus

Tetikus merupakan peranti piawai pada masa sekarang untuk kegunaan interaksi secara antaramuka grafik (GUI). 





c.         Trackball

Trackball adalah serupa dengan tetikus, kecuali penunjuk (cursor) digerakkan dengan menggunakan satu atau lebih jari tangan yang digerakkan di atas bebola. cara trackball bekerja agak serupa dengan tetikus kecuali jika trackball diterbalikkan kedudukan bebola berada di atas dan  trackball juga tidak memerlukan ruang atau pad tetikus kerana boleh berfungsi dalam keadaan statik. Kebiasaannya trackball mempunyai dua butang untuk tujuan kawalan.


d.         Skrin sentuh

Skrin sentuh merupakan unit paparan yang mempunyai lapisan tekstur di atas permukaan kaca. Lapisan ini sensitif kepada tekanan jari dan mendaftar kedudukan tekanan tersebut apabila jari menyentuh permukaan lapisan. Selain dari teknik lapisan terdapat juga cara lain untuk menbaca kedudukan jari seperti penggunaan cahaya inframerah di hadapan permukaan kaca paparan.




e.         Tablet grafik

Cara sambungan kepada komputer dan penggunaan tablet grafik adalah sama dengan cara tetikus kecuali tiada bebola di bawah seperti tetikus dan pad yang digunakan lebih besar dan memainkan peranan utama. Kebiasannya tablet grafik berbentuk pen dan kabel di belakang pen tersebut yang disambungkan kepada tablet yang dikenali sebagai stylus.



f.          Pengimbas 

Merupakan alat yang digunakan untuk menukarkan imej kepada bentuk digital dan oleh kerana itu ia merupakan salah satu peranti yang amat berguna dalam menghasilkan projek multimedia. Terdapat  bebarapa jenis pengimbas seperti flatbed, drum dan handheld, tetapi yang paling banyak digunakan adalah flatbed.



g.         Kamera digital

Selain dari menggunakan pengimbas untuk menukarkan imej ke bentuk digital, terdapat cara lain yang semakin popular iaitu dengan terus mengambil imej dalam bentuk digital menggunakan kamera digital. Penurunan harga kamera digital dan teknologi kamera digital yang baru menyebabkan kamera digital telah menjadi pilihan kerana dengan hanya satu langkah sahaja imej digital dapat dibuat jika dibandingkan dengan menggunakan pengimbas.




v.         Peranti Keluaran

Komponen projek multimedia iaitu audio dan video sama ada memerlukan perkakasan tambahan atau tidak, bergantung kepada keperluan persembahan itu sendiri. Perkakasan itu seperti pembesar suara, amplifiers, monitor, peranti video dan sistem storan.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment