Powered by Blogger.

Pengenalan Kepada Multimedia






TAKRIFAN MULTIMEDIA

Perkataan multimedia itu sendiri sebenarnya terdiri dari dua perkataan iaitu multi yang bermakna banyak dan media. Oleh itu, multimedia secara literalnya bermakna banyak media. Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video.

Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal suatu elemen dalam projek multimedia untuk dilihat dan diguna, ini dipanggil multimedia interaktif. Apabila kita menyediakan elemen multimedia yang boleh link dengan komponen multimedia yang lain, ini akan dipanggil hypermedia.

Walaupun definisi multimedia adalah mudah, untuk menjadikannya berjaya adalah sesuatu yang agak sukar. Kita perlu tahu bagaimana setiap elemen multimedia berfungsi dan bekerja, serta perisian-perisian yang diperlukan untuk menggabungkan elemen-elemen multimedia ini bersama. Mereka yang membina multimedia menjadi sesuatu yang bermakna dipanggil multimedia developers.

Walaubagaimana multimedia dipersembahkan, ia melibatkan apa yang dipanggil antaramuka grafik (graphical user interface) atau GUI. Perkakasan dan sistem pengoperasian dalam projek multimedia pula dipanggil platform multmedia atau environment.





Keperluan Asas Sistem Multimedia


Keperluan asas sistem multimedia boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu di peringkat pembangunan persembahan multimedia dan peringkat persembahan multimedia. Keperluan untuk kedua-dua peringkat ini amat berbeza kerana diperingkat persembahan hanya komputer peribadi multimedia sudah mencukupi tetapi tidak begitu diperingkat pembangunan kerana banyak peralatan tambahan dan aplikasi tambahan diperlukan.

Perkakasan yang diperlukan untuk membangunkan projek multimedia bergantung kepada projek tersebut. Peralatan atau komputer yang pantas mempunyai kelebihan kerana ia dapat mempercepatkan proses membuat projek multimedia. Ini adalah kerana semasa mengedit bahan-bahan multimedia terutamanya video, audio dan animasi memerlukan komputer yang laju, ruang storan yang besar dan juga RAM komputer yang banyak. Integrasi yang mantap antara peralatan komputer juga membantu dalam hal ini. Selain daripada mengedit bahan-bahan audio dan video dengan komputer, peralatan tambahan yang lain juga perlu seperti pengimbas, pengedit non-linear, audio recorder dan lain-lain alatan.


Video di bawah menunjukkan senarai bagi elemen-elemen multimedia...
Selamat menonton... :)










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment